fbpx

Vida kecewa, marah kedai boba Cik B disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CABARAN bergelar usahawan, Vida sedih melihat perniagaan diusahakan anaknya, Cik B dikhianati orang dikenalinya sehingga tergamak menghantar sihir.

PETALING JAYA – “Siapa yang dajalkan aku, aku nak buang sial! Bayangkan kedai anak saya (Cik B) yang popular, yang ramai orang datang tiba-tiba jadi sunyi sepi. Orang tak nampak. Ada yang kata tutup.”

Demikian luahan usahawan dan juga penyanyi Datuk Seri Vida apabila mendakwa gerai menjual air boba anaknya, Boba Lova yang terletak di Jelapang, Ipoh, Perak didakwa disihir oleh seorang individu dikenalinya.

Ujar Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, 51, dia pada mulanya tidak percaya apabila diberitahu kedai anaknya disihir, namun akhirnya percaya selepas berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam.

“Mahu percaya atau tidak, tapi hakikatnya kedai Cik B yang dahulunya sangat popular, orang berpusu-pusu datang, tiba-tiba jadi sunyi sepi.

“Semuanya gara-gara disihir. Bayangkan orang yang datang kata tak nampak kedai anak saya. Malah ada yang kata kedai anak saya tutup walaupun sebenarnya dibuka seperti biasa,” kata Vida menerusi hantaran video yang dikongsikan dalam saluran YouTube miliknya.

Kata Vida, pengamal perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat individu menghantar sihir di kedai anaknya yang diletakkan pada pokok pisang yang ditanam di sebelah kedai.

Selepas dimaklumkan tentang perkara itu, Vida sendiri turun ke lokasi dan membuang pokok-pokok pisang yang dikatakan menjadi punca kedai anaknya disihir.

“Pukul tiga pagi saya datang buang sendiri pokok pisang yang dikatakan digantung pocong, polong segalanya. Saya nak buang sial!” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu I Am Me itu memberitahu dia tahu dan kenal individu yang melakukan khianat itu terhadapnya, namun enggan memperbesar-besarkan hal tersebut.

“Saya tahu siapa yang buat. Tapi biarlah saya tidak mahu aibkan sesiapa. Saya cuma mahu bercerita. Saya dedahkan perkara ini bukan disebabkan content.

“Cuma saya mahu beritahu kedai air boba Cik B yang dahulunya hebat, orang nampak tapi sekarang jadi begini (sendu). Saya reda,” luah Vida.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata mendoakan agar usahawan itu tabah dan dipermudahkan urusan atas apa yang berlaku.

“Bersabarlah. Semoga urusan Datuk dipermudahkan,” kata seorang pengikutnya.

“Beginilah sikap orang kita (Melayu) dengki. Saya pun pernah kena begitu (disihir),” kata seorang lagi pengikutnya.

“Panggillah ustaz yang benar. Sihir memang wujud. Semoga Datuk tabah dengan ujian ini,” kata seorang netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI