fbpx

Cuaca cerah, panas sehingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca bagi Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dilaporkan cerah dan panas pada pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga awal petang nanti.

“Keadaan cuaca semasa di kebanyakan negeri didapati tiada hujan yang berlaku pada ketika ini.

“Bagaimanapun, hujan dilaporkan berlaku di kawasan perairan Selangor dan Terengganu serta akan beransur-ansur reda tidak lama lagi,” katanya menerusi laporan di YouTube pagi tadi.

Dalam pada itu, katanya, negara kini menerima pengaruh angin daripada arah barat dengan kelajuan sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.

“Berikutan itu, ia adalah kondusif bagi pembentukan awan aktif yang boleh membawa cuaca lembap pada petang nanti.

“Namun, tiada amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan buat masa ini bagi kawasan perairan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin ke pulau, diharapkan lebih berhati-hati susulan cuaca buruk dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI