fbpx

Liga Super: Kedah tewas lagi di tangan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC, Kpah Sherman (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan sewaktu menentang Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mengecewakan Kedah Darul Aman buat kali kedua berturut-turut kali ini apabila menang 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan TFC merampas kedudukan Kedah di tempat keempat dengan memungut 16 mata dari sembilan perlawanan manakala skuad Lang Marah jatuh ke tempat kelima dengan 14 mata.

Tuan rumah hanya memerlukan 13 minit untuk membolosi pintu gol Kedah menerusi penyerang import, Kpah Sherman yang mudah menyambar hantaran leret Faisal Abdul Halim dari sebelah kanan.

Memasuki minit ke-23, Kedah berpeluang menyamakan kedudukan berpunca umpanan Ariff Farhan Md. Isa namun tolakan Ronald Ngah Wanja di depan pintu gol tinggi melepasi sasaran.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu terus kempunan untuk mengimbangi permainan apabila rembatan kencang Ariff Farhan pada minit ke-36 menggegar palang.

Aksi semakin rancak menuju rehat giliran TFC menguji kubu pelawat malangnya Faisal (m-43) mensia-siakan situasi satu lawan satu sebelum tindakan susulan Sherman diselamatkan penjaga gol.

Serangan bertali-arus TFC membuahkan hasil setelah Manuel Ott menewaskan Ifwat Akmal Chek Kassim yang gagal menyelamatkan sepakan luar kotak penalti pada minit ke-57.

Pemain gantian, Azammuddin Akil menjaringkan gol saguhati Kedag namun jaringannya dalam masa kecederaan sudah terlewat untuk menghalang keputusan 2-1 berpihak TFC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI