fbpx

Pemandu maut SUV rempuh lori ayam buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toyota Harrier yang dipandu mangsa selepas merempuh sebuah lori ayam yang sedang membuat pusingan U, hari ini. /FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya merempuh sebuah lori yang membawa muatan ayam yang sedang membuat pusingan U di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Paloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Lua Qi Lim, 27, yang memandu SUV jenis Toyota Harrier meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bandar Tanah Merah menghala Pasir Mas untuk menghantar ayam.

Menurutnya, semasa tiba di Kampung Paloh, lori tersebut dipercayai berhenti di bahu jalan dan membuat pusingan U untuk menghala semula ke arah bandar Tanah Merah.

“Insiden itu menyebabkan sebuah SUV yang dipandu mangsa dari arah bandar Tanah Merah merempuh bahagian kanan belakang lori tersebut.

“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang cuai semasa membuat pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI