fbpx

Tiger Woods bergelut pada Terbuka Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODS perlu lebih bekerja keras untuk mendapatkan peluang mara ke pusingan seterusnya pada Terbuka Britain hari ini. – AFP

ST. ANDREWS, Scotland – Pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods dilihat bergelut dengan prestasinya ketika membuat kemunculan semula pada Terbuka Britiain apabila juara tiga kali itu mencatat enam atas par 78 di St Andrews semalam.

Peluangnya untuk ke pusingan akhir dilihat tipis apabila juara major 15 kali dari Amerika Syarikat itu ketinggalan 14 pukulan di belakang pendahulu, Cameron Young selepas pusingan pertama.

Woods bermula dengan double bogey di lubang pertama selepas pukulannya masuk ke dalam air, sekali gus mempengaruhi permainan Woods di lubang-lubang berikutnya.

“Rasanya permainan saya tidak begitu teruk tetapi saya berdepan masalah di beberapa lubang. Saya akui ia hari yang panjang dan saya tidak melakukannya dengan baik.

“Nampaknya saya perlu lebih bekerja keras esok untuk mendapatkan peluang mara ke pusingan seterusnya. Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini yang memberi sokongan kepada kami.

“Saya menghargai sokongan tersebut meskipun tidak bermain dengan cukup baik pada hari ini,” kata Woods.

Woods terlepas kejohanan itu tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan pada 21 Februari yang menyebabkan kaki kanannya dibedah.

Woods kembali ke lapangan, namun pada April lalu dia terpaksa menarik diri daripada meneruskan Kejuaraan PGA dalam saingan pusingan ketiga ekoran kecederaan lamanya berulang.

Juara 15 kali itu enggan meneruskan permainan selepas mendakwa kaki kanannya yang pernah menjalani rawatan sebelum ini merasa sakit sepanjang aksi atas lapangan kejohanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI