fbpx

Gelombang haba ‘bakar’ rantau Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berada di lokasi kebakaran hutan di Pumarejo, utara Sepanyol pada 18 Jun lalu. – AFP

MADRID – Gelombang haba yang melanda barat daya Eropah mencapai kemuncak di Sepanyol kelmarin, manakala suhu panas melampau mengakibatkan kebakaran hutan di sebilangan negara semakin marak dan sukar dikawal.

Suhu melonjak naik di Greece, Sepanyol dan Portugal dengan gelombang haba di Britain serta Perancis dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Gelombang haba kelmarin adalah yang kedua melanda rantau Eropah sejak bebe­rapa minggu­ lalu. Saintis-saintis berkata, suhu panas melampau kini semakin kerap disebabkan oleh fenomena perubahan iklim. 

Suhu mencecah 45 darjah Celsius pada pukul 5 petang (waktu tempatan) dekat bandar Avila, tengah Sepanyol. 

Sepanyol turut merekodkan suhu paling panasnya mencecah 45.6 darjah Celsius kelmarin. Suhu ekstrem itu direkodkan di bandar Almonte, rantau Andalusia.

Agensi meteorologi Sepanyol,­ AEMET meramalkan gelombang haba itu akan berterusan sekurang-sekurangnya hingga Isnin ini.

Situasi itu mendorong kementerian kesihatan menasihati orang ramai supaya minum ba­nyak air, memakai pakaian nipis dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

Dalam perkembangan ber­kaitan, kebakaran hutan yang bermula di rantau Extremadura, Sepanyol pada Isnin lalu telah memusnahkan 4,000 hektar tanah setakat ini, kata beberapa pegawai tempatan.

Kebakaran hutan turut dilaporkan di Itali, Croatia, Perancis dan Portugal disebabkan oleh  gelombang haba.

Di Greece, sebuah helikopter yang digunakan untuk mem­bantu memadamkan kebakaran hutan di Pulau Samos terhem­pas ke dalam Laut Aegean Rabu lepas, menyebabkan dua dari­pada empat krunya terkorban, kata pasukan pengawal pantai.

Di Portugal pula, lebih 2,000 anggota bomba bergelut untuk memadamkan berpuluh-puluh kebakaran hutan di serata negara itu termasuk empat kebakaran besar.

Kebakaran hutan di Portugal menyebabkan kira-kira 60 orang cedera, 860 penduduk dipindahkan dan sekitar 60 kediaman musnah setakat ini.

Sementara itu di Perancis, perkhidmatan kaji cuaca memberi amaran bahawa cuaca diramalkan semakin panas bermula esok hingga Selasa ini dengan suhu berkemungkinan melebihi 40 darjah Celsius sebelum kembali reda menjelang hari berikutnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI