fbpx

Pekeliling baharu MOF arah penjimatan perbelanjaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan (MOF) meminta semua kementerian, jabatan, agensi, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) untuk melaksanakan penjimatan dalaman bagi menentukan semua perbelanjaan adalah selaras dengan prinsip serta peraturan pengurusan kewangan ditetapkan.

Arahan itu dibuat menerusi Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon pada 14 Julai 2022.

Menerusi garis panduan itu, setiap kementerian, agensi dan jabatan terlibat perlu menyusun semula peruntukan dan mencadangkan penjimatan mengurus hingga mencapai sasaran sekurang-kurangnya 5 peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus pada tahun 2022.

“Pelaksanaan program yang diluluskan juga hendaklah ditampung daripada peruntukan sedia ada kecuali dalam kes-kes tertentu melibatkan implikasi kos besar dan ia dianggap kritikal oleh Jemaah Menteri.

“Keperluan tambahan bagi perkara mendesak ini juga akan ditampung melalui penjimatan peruntukkan sedia ada sama ada secara trade off atau memansuhkan program yang tidak memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai penjawatan dalam perkhidmatan awam, garis panduan itu berkata, pengurusan penjawatan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

“Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

“Jawatan kosong yang tidak diisi lebih dua tahun juga perlu dimansuhkan selain pelantikan pegawai kontrak baharu di bawah peruntukan Objek Sebagai 29000 tidak dibenarkan kecuali bagi penggantian atau pembaharuan kontrak pegawai,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak terlibat juga perlu mengawal perbelanjaan kerja lebih masa di mana arahan itu perlu dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja masa dimulakan.

“Selain itu, semua perbelanjaan bagi perolehan aset baharu termasuk pembelian kereta, perabot dan lain-lain kelengkapan pejabat yang tidak mendesak hendaklah ditangguhkan kecuali menerima kelulusan MOF,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI