fbpx

Arab Saudi buka ruang udara kepada Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat Boeing 777-300ER milik Emirates mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel pada 23 Jun lalu. – AFP

RIYADH – Arab Saudi semalam mengumumkan akan membatalkan sekatan ke atas ‘semua syarikat penerbangan’ untuk menggunakan ruang udaranya dalam langkah keterbukaan kepada Israel menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Riyadh.

Biden menyambut baik keputusan bersejarah itu yang merupakan langkah tolak ansur terbaharu Arab Saudi membabitkan Israel. 

Riyadh sebelum ini enggan mengiktiraf negara Israel di sebalik usaha intensif Tel Aviv untuk menjalinkan hubungan dengan dunia Arab.

Pihak berkuasa aviasi Arab Saudi mengumumkan keputusan untuk membuka ruang udara negara itu kepada semua syarikat penerbangan yang meme­nuhi syarat ditetapkan, demikian menurut kenyataan di laman Twitter.

Keputusan itu sejajar de­ngan matlamat Arab Saudi untuk muncul sebagai hab global yang menghubungkan tiga benua.

“Keputusan ini adalah hasil usaha diplomasi berprinsip dan bersungguh-sungguh oleh Biden sejak beberapa bulan lalu yang membawa kepada lawatan beliau hari ini (semalam),” kata Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dalam satu satu kenyataan.

Menjelang ketibaan Biden di Israel pada permulaan rangka lawatan beliau ke Asia Barat Rabu lalu, Washington memberi petanda bahawa lebih banyak negara Arab akan mengorak langkah menjalinkan hubungan dengan Rejim Zionis.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada Riyadh akan mengubah dasar sedia ada untuk tidak me­ngadakan hubungan rasmi de­ngan Israel sehingga konflik Pa­lestin berakhir.

Arab Saudi tidak membantah apabila sekutu serantaunya, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 2020, diikuti oleh Bahrain dan Maghribi di bawah Perjanjian Ibrahim tajaan AS.

Tidak lama selepas perjanian itu diumumkan pada 2020, Arab Saudi membenarkan sebuah pesawat Israel melintasi ruang udara­nya menuju ke Abu Dhabi dan mengumumkan bahawa penerbangan UAE ke semua negara boleh menggunakan ruang udaranya.

Pengumuman semalam secara efektif membatalkan semua sekatan terhadap pesawat yang berulang alik dari Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI