fbpx

KSM, KDN diarah selesaikan isu pengambilan pekerja Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Atrium Mid Valley, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyelesaikan isu berhubung memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan pekerja Indonesia.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu diselesaikan segera bagi mengelak hubungan di antara kedua-dua negara terjejas.

“Saya dah minta menteri KSM dan juga menteri KDN supaya selesaikan isu ini segera. Saya nak selesaikan isu ini. Saya tak nak panjang-panjang.

“Saya takut perkara ini boleh mengeruhkan hubungan antara kita (Malaysia) dengan Indonesia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Atrium Mid Valley, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menyatakan bahawa tiada pembatalan ke atas MoU terbabit.

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia serta merta.

Ia susulan pelanggaran syarat-syarat dalam MoU pekerja domestik antara kedua-dua negara yang ditandatangani tiga bulan lalu.

Hermono berkata, surat itu menyebut pelanggaran terma dalam MoU mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI