SEBERANG PERAI – Pengusaha dan peniaga barangan atau perkhidmatan bukan keperluan terpaksa kekal positif dalam meneruskan perniagaan mereka meskipun dijangka berdepan dengan situasi kurang sambutan daripada pelanggan selepas ini. Kekurangan pelanggan itu dijangka berlaku disebabkan kenaikan harga barang ketika ini. Tinjauan Kosmo! di sini semalam mendapati, rata-rata peniaga mendakwa mereka sudah pun mula terkena tempias dengan sikap berjimat cermat yang diamalkan orang ramai ketika ini. Seorang pengusaha spa, Mohd. Khairil Annuar Abdul Rahman, 40, berkata, perniagaan yang dijalankan sejak lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya