fbpx

Rajapaksa pilih Arab Saudi sebagai destinasi pelarian ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gotabaya Rajapaksa melambai kepada penyokong ketika beliau meninggalkan pejabat suruhanjaya pilihan raya di Colombo pada 17 November 2019. - AFP

SINGAPURA – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan merancang untuk berlepas  ke Arab Saudi, selepas tiba di Singapura malam semalam, lapor laman berita Thaiger.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang pegawai Maldives yang tidak dinamakan.

Sementara itu, seorang pegawai keselamatan di Colombo memberitahu saluran berita CNN bahawa Rajapaksa  berlepas  ke Singapura dari Maldives selepas kemarahan rakyat memuncak kerana beliau enggan menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.

Untuk makluman, Rajapaksa menyerahkan surat tersebut menerusi e-mel kepada speaker Parlimen Sri Lanka sebaik pesawatnya tiba di Lapangan Terbang Changi.

Destinasi yang dituju beliau seterusnya dipercayai Arab Saudi apabila terdapat pesawat syarikat penerbangan  Arab Saudi, meninggalkan ibu kota Maldives, Malé.

Penerbangannya dengan nombor siri Saudia 788, dilaporkan paling banyak dikesan di dunia sekarang.

Ia sedang dijejaki oleh hampir 5,000 pengguna pagi ini (jumaat), demikian menurut data daripada laman web Flightradar24.com.

Gotabaya melarikan diri dari Sri Lanka ke Maldives kelmarin ketika protes besar-besaran berlangsung kerana membantah ekonomi negara yang tenat.

Adiknya yang juga bekas menteri kewangan,  Basil Rajapaksa, juga meninggalkan Sri Lanka dan dikatakan akan menuju ke Amerika Syarikat (AS). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI