fbpx

Kejuaraan Pencak Silat Dunia tarik enam negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF mengadakan sidang akhbar Kejuaraan Pencak Silat Dunia edisi ke-19 di Tangga Batu, Melaka. - AMRAN MULUP

MELAKA – Kejuaraan Pencak Silat Dunia edisi ke-19 terus menarik perhatian apabila enam lagi negara mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Pengerusi bersama kejohanan, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, dengan penyertaan terbaharu itu ia menjadikan keseluruhan sebanyak 40 negara akan memeriahkan festival yang berlangsung selama 10 hari bermula 21 hingga 31 Julai ini.

Menurutnya, tiga daripada negara baharu itu ialah Suriname, Amerika Syarikat dan Mesir.

“Melaka sudah bersedia menerima kedatangan lebih daripada 1,500 peserta yang akan menyertai festival julung-julung kali pernah diadakan di negeri ini.

“Bersempena festival tersebut turut diadakan ialah Kejohanan Silat Dunia iaitu acara silat terbesar yang menampilkan pesilat antarabangsa bagi merebut gelaran juara dunia,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini semalam.

Tambah Ab. Rauf, festival anjuran bersama kerajaan negeri dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu turut mengadakan forum dan dialog berhubung usaha untuk mempertingkatkan lagi sukan tersebut di persada dunia.

“Antara negara yang akan mengambil bahagian pada festival tersebut adalah Uzbekistan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan Kazakhstan.

“Festival berkenaan sepatutnya diadakan pada 2020 dengan Sarawak sebagai lokasi penganjuran sebelum ditunda berikutan pandemik Covid-19,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI