fbpx

Raffa Affar ‘cover’ lagu Lestari dikecam penyanyi asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyanyian 'cover version' lagu kumpulan Lestari oleh Raffa Affar mendapat kecaman penyanyi asal

PETALING JAYA – ‘Hancur lagu aku’.

Demikian komen ringkas yang ditinggalkan vokalis kumpulan Lestari menerusi rakaman video ‘cover version’ yang dimuat naik Raffa Affar di media sosial.

Raffa sebelum ini dilihat cuba menyanyikan semula lagu Airmata Di Hari Persandinganmu nyanyian asal kumpulan yang terkenal di era 1980-an itu.

Namun, nyanyiannya kali ini semakin mendapat kecaman ramai sehingga tidak disukai oleh penyanyi asal itu sendiri yang menggunakan akaun Wan Lejen di Facebook.

Tinjauan Kosmo! di YouTube milik penyanyi seberang ini mendapati dia sering membuat ‘cover’ bagi lagu-lagu hits Malaysia walaupun ada sebahagiannya tidak menjadi dan dikatakan sumbang.

“Buat rosak lagu legend Malaysia sahaja dia ini, tahu la nak sampaikan ikut cara tersendiri, cuma pelik dan buruk,” kata seorang pengguna.

“Sumbang dan pergi belajar dulu sampai pandai,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI