fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, dan beberapa kawasan di Selangor, Johor, serta Sabah.

“Bagi negeri Selangor, antara kawasan yang terlibat ialah di Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor di kawasan Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Sementara di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI