fbpx

Juruteknik maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Muhamad Jafri yang maut dalam kemalangan di Kampung Tok Molor di sini semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang juruteknik yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kampung Tok Molor di sini semalam.

Dalam kejadian pada 6.45 petang itu, mangsa, Muhamad Jafri Othman, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Manir di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha 135LC dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Ia menyebabkan lelaki itu bersama motosikalnya terjatuh ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pegawai perubatan bertugas mengesahkan Muhamad Jafri telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI