fbpx

Nad Zainal bela nasib wanita teraniaya, sokong Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN tidak mengenali terlalu rapat, namun Nad tetap memberi sokongan kepada Puteri Sarah agar terus kuat berdepan ujian rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

KUALA LUMPUR – Dramatis Nad Zainal akan terus menyebelahi dan memberikan sokongan penuh kepada rakan artisnya, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan masalah pergolakan rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia berpihak kepada Puteri Sarah kerana percaya pelakon itu berhak menyuarakan apa yang berlaku.

“Secara peribadi saya tidak terlalu mengenali rapat dia (Puteri Sarah) mahupun suami dan individu ‘ketiga’ itu secara dekat. Namun, saya tetap memberikan sokongan penuh kepada isteri dan ibu teraniaya.

“Sekiranya berkelapangan saya akan menghantar mesej kepadanya dengan memberikan kata-kata semangat dan memintanya bersabar berdepan ujian getir ini,” katanya.

Nad diminta mengulas mengenai siaran langsung (live) dalam Instagram bersama Puteri Sarah pada 6 Julai lalu.

Bagaimanapun, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan terkini Puteri Sarah dan Syamsul kerana disifatkan terlalu peribadi dan tidak sesuai untuk diperkatakan.

“Saya ini orang luar, jadi tidak berani untuk masuk campur. Biarlah itu masalah rumah tangga mereka, lagipun kita sendiri pun mempunyai masalah masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Nad, 32, yang ditemui pada majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri Bersama Peminat dan Media di ibu negara semalam turut menasihatkan kaum hawa agar lebih peka terhadap perasaan wanita lain.

Terdahulu, Puteri Sarah menerusi Instagram Live bersama Nad minggu lalu hangat membincangkan isu rumah tangga secara terbuka.

Antara intipati perbualan tersebut termasuklah rasa kurang senang Nad terhadap orang ketiga atau ‘penyondol’ rumah tangga orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI