fbpx

Lelaki bujang gantung ‘banner’, tawar elaun cari calon isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariff menggantung kain rentang dan mengedarkan beberapa keping risalah kepada orang ramai dalam mencari calon isteri.

PETALING JAYA – Kerana sudah lama merasakan hidup sebagai bujang, seorang lelaki tekad menggantung kain rentang dan mengedarkan beberapa keping risalah kepada orang ramai dalam mencari calon isteri.

Berdasarkan perkongsian Ariff Peter di media sosial, difahamkan sebelum ini dia telah beberapa kali dikecewakan dalam perhubungan sehingga berani bertindak sedemikian untuk menemui pasangan hidup.

Menariknya, dia turut menawarkan elaun dan hadiah lumayan buat mana-mana wanita yang telah bersiap sedia untuk menjadi seorang suri rumah selepas berkahwin dengannya.

Lebih mengejutkan orang ramai, apabila Ariff juga menjanjikan RM10,000 kepada sesiapa sesiapa sahaja yang berjaya membantu mendapatkan pasangan hidup buatnya.

“Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan saya jodoh akan dapat hadiah lumayan wang tunai sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu hantaran.

Dalam pada itu, Ariff meninggalkan nombor telefon serta beberapa akaun media sosialnya untuk dihubungi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat usaha lelaki berkenaan dalam mencari jodoh, malah ada juga pengguna menawarkan beberapa pilihan nama rakan mereka untuk dijadikan pasangan hidup Ariff.

“Usaha sudah, ikhtiar sudah, jangan lupa sentiasa berdoa itu yang paling penting,” kata Amirul Asyraf.

“Mari, adik saya ada seorang masih bujang, kerja di sebuah bank, usia 30 tahun, pandai masak, masa saya bersalin, adik saya yang jaga semuanya,” ujar Mak Enon.

“Kakak saya pun sedang cari jodoh, tapi elaun untuk dia boleh potong sikit, sebab dia malas bangun pagi, tapi rajin masak cuma makan tengah hari terus la kalau kahwin,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI