fbpx

Doktor kongsi tips simpan daging agar bebas pencemaran, tahan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha ramai yang akan melakukan ibadah korban sama ada menyembelih lembu, unta, kambing dan sebagainya.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu tips yang betul untuk menyimpan lebihan daging korban tersebut supaya ia tahan lama dan selamat di makan.

Menerusi perkongsian pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di aplikasi Telegramnya, terdapat beberapa tips atau cara yang betul untuk menyimpan daging korban.

Katanya, pertama adalah jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke peti sejuk.

“Kemudian, buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir dan serpihan kayu

“Seterusnya, potong daging kepada bahagian lebih kecil dan dimasukkan ke salam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah,” tulisnya.

Selain itu tambah Ahmad Samhan, daging juga perlu diletakkan di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang dari -18 °C.

“Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.

“Akhir sekali amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menjamah sesuatu makanan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI