fbpx

Mayat lelaki dengan kesan torehan dijumpai dalam bangunan terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemukan dengan beberapa kesan torehan di tangan dan kaki di sebuah bangunan terbiar di Kampung Kuchai, Ipoh petang tadi. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan beberapa kesan torehan di tangan dan kaki di sebuah bangunan terbiar di Kampung Kuchai di sini petang tadi.

Lelaki berusia 55 tahun itu dijumpai orang awam dalam keadaan terlentang dengan kesan darah sekitar pukul 2 petang sebelum memaklumkan kepada polis

Sebilah pisau lipat turut dijumpai berhampiran mayat si mati selain beberapa peralatan dipercayai bagi aktiviti penagihan dadah.

Mayat lelaki berkenaan dibawa keluar oleh pihak polis sekitar pukul 7 petang dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bangunan yang merupakan bekas sekolah itu telah lama terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah.

Katanya, dia yang tinggal berhampiran premis itu sering melihat ramai orang bersilih ganti memasuki bangunan berkenaan.

“Saya terkejut apabila lihat ramai polis berkumpul di sana dan diberitahu ada orang mati.

“Sejak pagi, saya tidak dengar pun bunyi orang bergaduh atau jeritan. Bangunan itu telah lama dibiarkan kosong dan mungkin juga dijadikan lokasi penagih dadah berkumpul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI