fbpx

Lama menghilang, kasut Aliph kini jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut jenama Aliph

PETALING JAYA – Mungkin generasi baharu tidak pernah mendengar berkenaan jenama kasut tempatan yang pernah menjadi kegilaan remaja era 80-an dikenali sebagai Aliph.

Selepas lama tidak muncul, jenama kasut tempatan ini kembali menjadi buruan ramai apabila muncul dalam filem arahan Allahyarham Mamat Khalid antaranya Rock (2005) serta Rock Oii (2013).

Jenama kasut ini sebenarnya pernah berkolaborasi menghasilkan model khas mengikut kesesuaian kumpulan rock sehingga terhasilnya beberapa model seperti Aliph Search, Aliph Wings, Aliph Lefthanded dan Aliph SYJ.

Jangan terkejut sekiranya lakukan carian di mana-mana laman e-Dagang, anda akan mendapati kasut ini dijual dengan harga melebihi RM 300, malah ada yang mencecah sehingga RM 3,000.

Malah komuniti pengumpul kasut Aliph turut diwujudkan di laman media sosial seperti Facebook yang masih aktif menjual dan membeli kasut jenama ini antaranya Group Kasut Aliph.

Dengan tanda suka melebihi 15,000 orang dan pengikut sebanyak 16,312, group ini membuktikan kasut Aliph masih mempunyai pengikut mereka tersendiri.

“Kasut ini memang lagenda, saya salah seorang peminat dan pengumpul kasut jenama ini, paling maha yang pernah saya beli tahun lepas adalah RM2,500 sepasang.

“Sayang, generasi sekarang hanya kenal jenama-jenama kasut antarabangsa sahaja sedangkan kita juga ada,” jelas Dodihit Aqub.

“Kasut ni kukuh, susah nak koyak atau rosak. Kalau dulu harga dia tidak semahal sekarang. Nak cari pun susah, kalau ada pun memang pengumpul yang jaga,” jelas Jo Rahman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI