fbpx

Angkat berat mampu bantu penyakit 3 serangkai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noordin

PETALING JAYA – Aktiviti angkat berat mampu untuk membantu penyakit tiga serangkai termasuk deabetis, strok serta tekanan darah tinggi.

Menurut pakar kesihatan Dr. Noordin Darus, mitos yang menyatakan aktiviti angkat berat bahaya terutamanya kepada individu berusia 50 tahun keatas adalah tidak tepat.

“Bahaya itu boleh berlaku jika tidak melakukan aktiviti angkat berat itu secara betul dan tanpa panduan yang sepatutnya.

“Aktiviti angkat berat ini adalah yang terbaik terutamanya kepada penyakit tiga serangkai, ada juga orang kata kardiologi lebih baik dari angkat berat tetapi bagi saya angkat berat adalah yang terbaik,” ujarnya dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini.

Tambahnya lagi, aktiviti angkat berat ini juga mampu untuk kuruskan badan dan flexibeliti dalam badan juga akan meningkat.

“Untuk kuruskan badan juga bagus, kalau terasa berat naik sikit itu sebenarnya otot-otot badan kita yang semakin meningkat dan mantap.

“Angkat berat juga mampu untuk turunkan tekanan darah tinggi serta membaiki sendi kita,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI