fbpx

Yayasan Ikhlas agih daging korban kepada 3,574 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainur Rashid (kiri) menyaksikan Bungsu (kanan) melaksanakan ibadah korban di Ranau, Sabah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ibadah korban anjuran Yayasan Ikhlas pada tahun ini telah melibatkan sebanyak 51 ekor lembu bagi memberi manfaat kepada 3,574 buah keluarga di sekitar Ranau, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan, Kota Belut dan Kudat, ­Sabah.

Program yang dikenali sebagai Korban Ikhlas 2022 itu turut disertai Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, daging korban itu adalah hasil daripada penyertaan seluruh rakyat Malaysia.

Tambah beliau, 16 petugas Yayasan Ikhlas dari Semenanjung dan Borneo telah bekerja­sama melancarkan lagi program tersebut.

“Fokus agihan daging korban adalah di kawasan pedalaman bagi membantu saudara Islam dan juga bukan Islam serta penduduk yang susah dan tidak berkemampuan merasai daging korban.

“Ibadah korban kali ini cukup bermakna apabila Mufti Sabah sendiri telah menyembelih beberapa ekor lembu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Zainur Rashid, 10 ekor lembu telah dikorbankan di Sandakan, tujuh ekor da­ging lembu korban diagihkan ke kawasan penduduk setinggan dan daging seekor lembu di­­agihkan di kawasan bandar bagi penduduk miskin.

Dua ekor lembu lagi dikorbankan dengan kerjasama Pa­sukan Marin Cawangan Sabah untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Berhala dan Kampung Simura.

Sementara itu, Bungsu me­nerangkan, agihan daging korban turut diagihkan kepada keluarga asnaf yang bukan ber­agama Islam dan ia berse­suaian dengan keputusan Maj­lis Muzakarah Fatwa negeri Sabah yang diputuskan sejak bebe­rapa ­tahun lepas. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI