fbpx

Pihak industri sedia turunkan harga runcit minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengguna di negara ini bakal menikmati harga runcit minyak masak sawit tulen yang lebih rendah jika harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) itu jatuh di pasaran global.

Jaminan ini disuarakan oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada sidang akhbar khas, di sini hari ini.

“Kita berterima kasih kepada para pemain industri tempatan yang bersetuju dengan syor pihak jawatankuasa ini agar ada mekanisme cepat penentuan harga jika MSM merosot,” katanya.

Awal bulan ini harga komoditi itu menjunam kepada hampir RM4,500 satu tan berbanding purata RM6,100 satu tan susulan tindakan Indonesia yang menarik balik larangan pengeksportan.

Keadaan tidak dijangka itu mengakibatkan berlaku lambakan MSM di pasaran sejagat dan ia kemungkinan boleh jatuh lagi sehingga paras terendah dalam sejarah iaitu RM2,500 satu tan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI