fbpx

Ujian air kencing pemandu lori perlu dilakukan secara mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Ujian saringan air kencing kepada pemandu lori perlu dilakukan secara berkala dan mengejut di pelbagai lokasi termasuk di pejabat-pejabat syarikat pengangkutan dan logistik.

Itu gesa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong susulan insiden kemalangan membabitkan treler dan enam kereta yang meragut empat nyawa di Ipoh, Perak semalam.

Ka Siong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) boleh memberi kerjasama berhubung perkara itu.

Menurutnya, selain mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, beliau juga melihat keperluan melaksanakan ujian saringan kepada pemandu bagi mengelakkan mereka memandu dalam keadaan dipengaruhi dadah atau alkohol.

“Kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti treler semakin menjadi-jadi. Saya amat sedih dengan apa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pukul 3 petang semalam, seramai empat individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita disahkan maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI