fbpx

Salahkahku cerminan jiwa Syazwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAZWAN SYAHMI

PENDATANG baharu yang juga juara pertandingan nyanyian Penyanyi Top ERA Kucate pada Februari lalu, Syazwan Syahmi kini hadir dengan single perdananya berjudul Salahkahku.

“Syukur alhamdulillah atas kemenangan program yang akhirnya membuka ruang buat saya untuk tampil dengan single terbaharu.

“Selain memenangi wang tunai berjumlah RM5,000, saya menerima kontrak rakaman bersama-sama Rocketfuel,” kata pemilik nama sebenar Syazwan Syahmi Muhammad Rosdi.

Tidak sekadar menyanyi, jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Kelantan itu juga merupakan lulusan diploma dalam bidang ukur bahan.

“Saya sedar pentingnya pelajaran, sebab itu saya habiskan dahulu pendidikan diploma dan mencuba bidang nyanyian setelah tamat pengajian.

“Minat menyanyi telah pun bermula ketika saya berusia 14 tahun lagi dengan bermain gitar secara suka-suka.

“Tidak saya sangka, minat tersebut beralih kepada nyanyian pula dan dari situlah timbulnya minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

“Saya sering menghasilkan nyanyian cover dalam YouTube dan menyertai pelbagai pertandingan karaoke sehinggalah muncul sebagai juara Penyanyi Top ERA Kucate,” jelas Syazwan.

SYAZWAN SYAHMI kini secara rasmi bergelar penyanyi rakaman dengan single pertama berjudul Salahkahku.

Single Salahkahku merupakan hasil ciptaan komposer terkenal, Sharon Paul, lirik tulisan Que Afiq menceritakan tentang kisah cinta yang sedih.

“Lagu ini bermaksud pertanyaan terhadap dirinya sendiri kerana mencintai seseorang dan sering meragui apakah tindakannya itu betul.

“Pernah tak kita berhadapan dengan situasi di mana kita sering bertanya pada diri sendiri apakah salah mencintai seseorang? Dan betulkah keputusan yang kita buat?

“Proses rakaman yang memakan selama sehari di Studio Musicwerks banyak memberi pengalaman baharu buat Syazwan.

“Pengalaman merakamkan lagu sangat bermakna apabila diselia oleh seorang komposer disegani kerana banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau, yalah perjalanan seni saya masih jauh, jadi banyak lagi yang perlu saya timba,” jelas Syazwan.

Mengenai Salahkahku, lagu dalam nuansa balada tersebut mempunyai unsur rock yang disesuaikan dengan vokal Syazwan yang bernada tinggi.

“Saya mahukan sebuah lagu yang mencerminkan jiwa saya, saya hendak pendengar merasai emosi yang saya bawakan melalui nyanyian saya.

“Jika nyanyian saya dapat membuat pendengar merasa sedih, itu sudah lebih dari menggembirakan saya.

“Mungkin terlalu awal untuk saya labelkan jenis penyanyi yang ingin saya jadi, namun saya tidak menolak untuk mencuba genre yang lain kerana dunia muzik itu luas dan banyak cabangnya,” tambah Syazwan.

Katanya lagi: “Ini juga merupakan pengalaman baharu buat saya merakamkan MV dan agak kekok rasanya beraksi di hadapan kamera berbanding dengan rakaman YouTube yang sering saya buat sendiri.”

Selaku Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, Erick Yew pula komited memberi peluang terhadap bakat-bakat baharu untuk menyerlahkan kemampuan mereka serta menyediakan platform bagi mereka untuk mengembagkan lagi bakat.

“Rocketfuel juga mempunyai pakar pengurusan yang akan mengendalikan perjalanan kerjaya seni mereka, dan Syazwan berada di landasan yang betul.

“Semoga lagu Salahkahku memberi impak dan memperkenalkan namanya sebagai seorang penyanyi yang berpotensi besar,” katanya menerima lagu itu.

Lagu Salahkahku boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.

Sementara MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI