fbpx

Sindiket sorok dadah bernilai RM13.48 juta dalam bungkusan biji kacang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Zazuli Johan (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan biji kacang mengandungi dadah ketamin bernilai RM13.48 juta. FOTO NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Kegiatan sindiket dadah antarabangsa yang dikesan menggunakan taktik menyorokkan bahan terlarang itu dalam bungkusan biji kacang dianggarkan bernilai RM13.48 juta berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar pada tahun ini dan taktik menyorokkan dalam bungkusan biji kacang pertama kali di kesan di negara ini.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 11 malam 4 Julai lalu sepasukan anggota cawangan narkotik JKDM telah menyita 42 buah kotak di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak tersebut menjumpai 49 bungkusan plastik yang mengandungi bahan kristal putih disyaki dadah jenis ketamin dengan berat kasar 245 kilogram (kg) disorokkan bersama biji-biji kacang pelbagai jenis,” katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurut Zazuli, modus operandi sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan cara mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai Haricot Vert (kacang hijau) sedangkan di dalamnya terdapat bungkusan kacang yang bercampur dengan serbuk kristal putih disyaki dadah berbahaya.

“Siasatan awal mendapati, dagangan (dadah) tersebut dieksport dari sebuah negara di Eropah kemudian transit di sebuah negara Timur Tengah sebelum mendarat di LTAKL sebagai destinasi terakhir,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI