fbpx

KPLB pastikan aset Mara, Mara Incorporated tidak jadi sasaran waris Sultan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (dua kiri) menunjukkan hasil tanaman yang diusahakan penduduk kampung selepas mendengar Taklimat Khas Prospek di Kampung Padang Setol, mukim Pedu hari ini. Foto : SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil serius tindakan waris Kesultanan Sulu menjadikan aset Malaysia di luar negara sebagai sasaran tuntutan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian mempunyai beberapa aset hartanah strategik di luar negara milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Mara Incorporated yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.

“Saya lihat ini satu perkara yang agak serius walaupun kita telah mohon tangguh keputusan penimbang tara di Sepanyol dan sekarang kita minta dibatalkan di Mahkamah Perancis pula.

“Tetapi ‘keluarga’ ini (waris Kesultanan Sulu) guna keputusan di Sepanyol dan pergi merata tempat cuba ambil harta Malaysia. Kita ada harta dan bangunan di London dan Melbourne, Australia yang dimiliki Mara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Khas Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, pihaknya akan terus memantau isu berkenaan termasuk memastikan waris Kesultanan Sulu tidak menjadikan aset Mara dan Mara Incorporated sebagai sasaran selepas mereka bertindak merampas aset milik Petronas di Azerbaijan, baru-baru ini.

“Selain aset di London dan Melbourne, Mara turut memiliki bangunan di Amerika Syarikat dan Mesir yang berkemungkinan turut menjadi sasaran waris keluarga Kesultanan Sulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI