fbpx

Anggota polis dituduh terima rasuah daripada pemilik lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faudzi (kanan) bersama peguamnya, CP Ang ketika hadir di Mahkamah Sesyen Alor Setar untuk berdepan pertuduhan menerima rasuah.

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,450 didakwa sebagai dorongan tidak mengenakan saman terhadap lori milik seorang individu, enam tahun lalu.

Tertuduh, Faudzi Mat Desa, 58, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Faudzi dituduh menerima wang RM250 bagi setiap tiga pertuduhan dihadapinya dan satu lagi pertuduhan membabitkan nilai wang RM150.

Dia yang bertugas di Balai Polis Mahang didakwa melakukan perbuatan itu di kedai makan dan warung sekitar Mahang, Kulim dekat sini antara 15 April 2016 hingga 11 Mac 2016.

Selain empat pertuduhan tersebut, Faudzi turut berdepan pertuduhan menerima rasuah secara bersama dengan bekas Ketua Balai Polis Mahang, Sarjan Mejar Ahmad Ibrahim, 62.

Kedua-dua mereka dituduh dengan niat bersama menerima rasuah berjumlah RM550 di sebuah restoran dekat Taman Mutiara, Sungai Kob di Kulim kira-kira pukul 8.43 malam, 1 Julai 2016 didakwa atas dorongan sama.

Faudzi dan Ahmad mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI