fbpx

4 Ogos keputusan permohonan dokumen dalam saman 1MDB terhadap Riza Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini  menetapkan 4 Ogos ini bagi keputusan permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga anak syarikatnya untuk mendapatkan dokumen tertentu dalam saman AS$248 juta mereka terhadap penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz atau Riza Aziz dan dua syarikatnya — Red Granite Pictures Inc (California) dan Red Granite Capital Ltd (BVI).

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Riza Aziz dan dua syarikatnya selaku defendan selepas prosiding kes dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh di sini hari ini.

Menurut peguam itu, mahkamah menetapkan tarikh keputusan tersebut selepas kedua-dua pihak selesai berhujah pada hari ini.

Sementara itu peguam Rabindra S. Nathan yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya selaku plaintif mengesahkan tarikh keputusan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI