fbpx

Alasan lupa tarikh tamat moratorium LKM, LMM elak disaman JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (kiri) memeriksa lesen memandu seorang penunggang motosikal dalam Op Hari Raya Aidiladha 2022 di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 868 notis saman terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Hari Raya Aidiladha 2022 yang dijalankan di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian di sini semalam.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya antaranya mereka tidak memperbaharui lesen memandu dan tiada lesen.

Menurutnya, pemandu kenderaan memberi alasan bahawa mereka tidak sedar atau lupa bahawa tempoh moratorium bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat 30 Jun lalu.

“Kita tidak boleh menerima alasan yang diberikan kerana sebelum ini kita sudah memaklumkan bahawa tempoh moratorium sudah berakhir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Op Hari Raya Aidiladha 2022 di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memeriksa, 5,432 kenderaan termasuk 318 buah bas dan 32 pemandu menjalani ujian saringan.

“JPJ Kelantan turut menyita sebuah kereta atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh. Kita juga mengambil tindakan terhadap empat buah lori dengan dua daripada tidak mengikut syarat pemasangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI