fbpx

Rajapaksa menunggu untuk cabut lari ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajapaksa kini dilindungi imuniti sebagai presiden dan belum meletakkan jawatan secara rasmi. - Mothership

SINGAPURA – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan sedang menunggu untuk menaiki pesawat persendirian ke Singapura dalam usaha melarikan diri daripada berdepan pendakwaan di negara sendiri, lapor portal Mothership.

Rajapaksa yang pada mulanya dinafikan penerbangan ke Dubai, berjaya meloloskan diri ke Maldives sebelum dilaporkan akan terbang ke Singapura.

Menurut media Sri Lanka Daily Mirror Online, Rajapaksa kini terkandas di Maldives selepas memutuskan untuk tidak menaiki sebuah penerbangan komersial Singapore Airlines yang dijadualkan atas sebab keselamatan.

Dia kini dilaporkan menunggu untuk terbang dengan pesawat persendirian ke Singapura.

Pemimpin berusia 73 tahun itu telah melarikan diri ke Maldives pada awal Rabu (13 Julai), didakwa meninggalkan ibu negara Sri Lanka, Colombo menaiki pesawat Tentera Udara Sri Lanka.

Tidak diketahui sama ada dia berhasrat untuk kekal di Singapura atau meneruskan ke lokasi lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI