fbpx

Warga emas cedera ditetak jiran angkara rasa tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki warga emas berdepan detik mencemaskan apabila bukan sahaja diserang bahkan ditetak dengan pisau oleh jirannya sendiri di Kampung Baru Ampang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 64 tahun mengalami luka di bahagian lengan sebelah kiri dan sakit di semua anggota badan akibat diserang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi semasa mangsa yang merupakan warga tempatan dan tidak bekerja berada di rumahnya dan dia telah didatangi suspek yang memegang pisau.

“Suspek dipercayai menetak mangsa menggunakan pisau tersebut bagaimanapun ia terkena pada topi keledar yang dipakai mangsa.

“Suspek dikatakan menolak mangsa hingga jatuh dan terus menetak tangan kirinya dengan pisau menyebabkan dia mengalami kecederaan luka di bahagian lengan sebelah kiri dan sakit di semua badan. Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang ,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis telah membuat serbuan kira-kira pukul 5.45 petang pada hari yang sama dan berjaya memberkas suspek yang berumur 38 tahun di lokasi berkenaan.

“Turut dirampas sebilah pisau potong sayur, sehelai baju t-shirt warna coklat dan sehelai seluar hitam dipercayai digunakan suspek ketika kejadian,” katanya.

Jelas beliau, punca pergaduhan dipercayai isu laluan koridor depan rumah yang mana suspek tidak suka mangsa melalui hadapan rumahnya ketika dia berada di koridor dan kedua-duanya didapati sudah hidup berjiran sejak lima tahun lalu.

“Hasil semakan polis mendapati suspek yang bekerja sebagai kontraktor mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Katanya lagi, suspek akan ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI