fbpx

Empat beranak maut: Pemandu treler direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu treler ketika dibawa ke mahkamah untuk proses reman.- Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pemandu treler terbabit nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan hingga mengorbankan empat beranak semalam, direman tiga hari.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Sabtu depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lelaki berusia 34 tahun itu direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian.

Media semalam melaporkan, empat beranak yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur itu maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah treler dari arah belakang.

Mangsa yang maut merupakan pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI