fbpx

Tujuh inisiatif segera diperkenal bagi ringankan beban siswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia memutuskan tujuh inisiatif segera bagi memantapkan tadbir urus serta kecekapan penyaluran bantuan kebajikan kepada siswa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif segera itu diputuskan pada mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan pada 12 Julai lalu yang dipengerusikannya sendiri.

Noraini

Beliau berkata, Jawatankuasa Pelaksana di peringkat institusi pula akan dipengerusikan oleh Naib Canselor, Rektor atau Pengarah IPT berkenaan.

“Langkah pertama ialah mengecualikan bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria dan penyedia perkhidmatan makanan di kampus IPT awam supaya tanggungan kos itu dapat diserap bagi penurunan harga yang dijual kepada pelajar.

“Kedua, pelaksanaan Inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia Menu Keluarga Malaysia bernilai RM3.50 di bawah inisiatif Food Basket Siswa hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.

“Kami juga akan memperkasakan Inisiatif Food Bank Siswa dimana enam Hab Food Bank Siswa akan ditubuhkan mengikut zon, iaitu Zon Utara, Zon Tengah (UKM), Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, langkah lain termasuk meneliti semula kadar upah Program Job on Campus (JoC) di peringkat IPT agar ia selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022 oleh pihak kerajaan.

Noraini berkata, jawatankuasa juga akan memperkenalkan Pembangunan Pelan Tindakan Sara Hidup Siswa yang akan mengambil kira aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran (seperti pelan data dan peranti), penginapan, pengangkutan, dan yuran.

Menurutnya, langkah lain juga termasuk memberikan rebat atau cukai pengecualian cukai KPT sekali gus menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan juga orang perseorangan.

“Kami juga akan memastikan jadual pergerakan pengangkutan yang lebih kerap di dalam dan luar kampus oleh pihak IPT ditambah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI