fbpx

Pemandu treler rempuh enam kereta miliki 13 saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan empat mangsa di Ipoh petang semalam. FOTO: RANGER ZAC

IPOH – Pemandu treler yang merempuh enam buah kereta di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dan mengakibatkan empat beranak maut semalam, mempunyai 13 saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua kesalahan itu direkodkan sejak 2008 hingga 2021 di mana tiga daripadanya membabitkan kemalangan jalan raya.

“Ujian air kencing telah dilakukan terhadap suspek berusia 34 tahun itu dan mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah.

“Suspek telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapat perintah reman untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan mendapati, treler dalam perjalanan dari Taiping menghala Bukit Beruntung itu telah merempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dinaiki empat beranak dari belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI