Oleh IVAN AMIRUL
KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan dakwaan menyatakan parti itu bergabung bersama Warisan Plus untuk membentuk kerajaan.
Ketua Penerangan PBS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, PBS masih tetap pendirian sebagai rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kita masih rakan sekutu bersama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan akhbar di Kota Kinabalu hari ini. – K! ONLINE