fbpx

Penyelidik pindahkan jantung babi kepada mayat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas Kelly diisytiharkan mengalami mati otak, sepasukan penyelidik di NYU Langone Health memindahkan jantung babi yang diubah suai secara genetik ke dalam badannya. - CNN

BANDAR RAYA NEW YORK – Sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) memindahkan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia yang telah meninggal dunia sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan terbaharu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Prosedur yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di pusat perubatan NYU Langone Health itu adalah yang pertama seumpamanya.

Pembedahan itu mewakili kemajuan dalam usaha untuk menentukan sama ada organ haiwan boleh diubah suai dan dapat digunakan pada manusia yang memerlukan pemindahan.

Penerima jantung itu, Lawrence Kelly, 72, dari Pennsylvania telah diisytiharkan mengalami mati otak. Keluarga Kelly mendermakan tubuhnya untuk kajian itu yang bertujuan bagi menyiasat sejauh mana jantung babi yang diubah suai berfungsi dalam tubuh manusia yang telah mati.

Selepas pemindahan Kelly selesai pada Jun lalu, pasukan penyelidik itu mengulangi prosedur sama terhadap penerima lain, Alva Capuano, 64, dari Bandar Raya New York awal bulan ini. Capuano meninggal dunia pada Mac lalu.

Pembedahan itu dilakukan mengikut prosedur pemindahan jantung babi kepada manusia yang masih hidup yang dilakukan oleh Universiti Maryland pada Januari lalu. 

Pengarah Institut Pemindahan Langone NYU, Dr. Robert Montgomery berkata, prosedur tersebut membolehkan kajian lebih mendalam dilakukan mengenai bagaimana badan penerima bertolak ansur dengan jantung babi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI