fbpx

Pemandu maut dalam kemalangan, kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran selepas kenderaan dipandu mangsa terbakar.

PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer(KM) 303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.53 tengah hari itu turut menyebabkan kereta jenis Hyundai yang dipandu mangsa terbakar dan musnah 100 peratus.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP Serdang bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi.

“Kejadian yang berlaku di KM 303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Serdang menghala ke Kajang itu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an.

“Kemalangan terbabit menyebabkan mangsa cedera di bahagian paha kiri, kanan dan patah tangan kanan. Mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kenderaan tersebut terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI