fbpx

Pukul bekas isteri, Radhi mahu hantar representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radhi (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

PETALING JAYA – Pihak pembelaan yang mewakili penyanyi, Muhammad Radhi Razali atau dikenali Radhi OAG akan menghantar representasi berhubung pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, April lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam belanya, Haziq Aizuddin Subhi ketika ditemui media selepas prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peguam itu berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan tersebut.

“Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya dan pada tarikh itu sama ada kita akan masukkan representasi atau perbicaraan kes seterusnya ,” kata peguam itu.

Sementara itu, Radhi ketika ditemui berkata, dia mengharapkan penyelesaian cara baik dengan bekas isterinya itu.

“Saya fikir anak-anak. Jika kes ini diteruskan, kita akan terus turun naik mahkamah yang juga akan mengeluarkan kos,” katanya.

Pada 22 April lalu, Radhi, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shaira Ayu Zahiri, 28, pukul 2.29 petang pada 19 April lalu di parkir Emporis Menara D Kota Damansara di sini.

Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI