fbpx

Gajah liar ‘ganggu’ penduduk Felda Kahang Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video menunjukkan dua ekor gajah cuba mengganggu pengguna jalan raya ketika melalui jalan di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.

KLUANG – Kumpulan gajah yang sering ditemui ‘mengganggu’ penduduk berhampiran Felda Kahang Barat dekat sini dipercayai kawanan dari Hutan Simpan Kluang dan merupakan habitat semula jadi haiwan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, gajah yang dilihat berkeliaran di jalan utama ke Felda Kahang Barat itu merupakan sebahagian dari kumpulan gajah di kawasan berkenaan.

Katanya, pihak jabatan sudah mengenal pasti kawasan tersebut sebagai laluan utama bagi kumpulan gajah ini.

“Pemasangan papan tanda amaran lintasan hidupan liar juga sudah dipasang di sepanjang jalan Kahang Barat – Mersing.

“Kita sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kumpulan gajah terbabit tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna laluan berkenaan,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 14 minit yg menunjukkan dua ekor gajah di laluan menuju ke Felda Kahang Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI