fbpx

KPDNHEP Sabah patahkan cubaan seludup barangan kawalan lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak masak serta minyak diesel bersubsidi dirampas.

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 9,690 kilogram (kg) minyak masak serta 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1,904,975 dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran, semalam.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, menerusi serbuan dilaksanakan kira-kira pukul 3.30 petang itu, pasukan operasi menemukan sebanyak 9,690 kg minyak masak paket satu kg di atas kapal yang ditahan.

“Selain itu, kita turut menemui 5,000 liter minyak diesel yang disimpan di dalam skid tank di kawasan berhampiran.

“Semua barang kawalan itu dipercayai cuba dijual ke negara jiran dan seorang lelaki tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Georgie memaklumkan penjaga kapal terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengenal pasti rantaian kegiatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Georgie memaklumkan kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI