fbpx

Orang KL, Labuan nikmati diskaun beli ayam RM3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan menikmati tawaran ayam segar dengan diskaun RM3 seekor selain menikmati potongan 50 sen dengan setiap pembelian 10 biji telur ayam gred B. 

Itu antara harga menarik barangan keperluan yang ditawarkan menerusi Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah yang akan dilancarkan esok di Perumahan Awam (PA) Sri Johor, Kuala Lumpur. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, program selama enam bulan itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah menawarkan barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan barangan makanan kering pada harga lebih rendah daripada harga siling ditetapkan kerajaan. 

“Program ini memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah. 

“Program ini akan dilaksanakan di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan PA di Kuala Lumpur manakala di kedai-kedai yang dikenalpasti di Labuan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.48  juta,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Shahidan berkata, lebih 147,000 penduduk di 61 buah PPR dan PA di Kuala Lumpur serta 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di Labuan yang terdiri daripada warganegara bakal menerima manfaat menerusi program tersebut. 

“Malah, melalui program ini, setiap isi rumah dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur sehingga 14.29 peratus bagi setiap pembelian satu ekor ayam dan 10 biji telur,” katanya. 

Katanya, kerajaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan komited mencari pelbagai kaedah untuk meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia dan mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat secara umumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI