fbpx

Trafik di lebuh raya sesak, warga kota pulang ke ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ke arah ibu negara sesak dengan kenderaan warga kota.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menuju ke ibu negara pada malam ini masih sesak dengan kenderaan warga kota yang pulang selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan, keadaan sesak dilaporkan berlaku di susur masuk persimpangan Laluan Central Spine Road (CSR) ke Plaza Tol Bentong.

“Selain itu, kesesakan turut dilaporkan di persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Bukit Tinggi serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak,” menurut hantaran tersebut.

Difahamkan, sebahagian warga kota masih bercuti menyambut Aidiladha serta pulang ke ibu negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI