PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak pada malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis dan beberapa bahagian di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Selain itu, di Pahang ia melibatkan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Dalam masa sama, hujan lebat serta ribut petir turut melanda negeri Selangor melibatkan daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Cuaca buruk tersebut juga tertumpu di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan temasuklah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.
“Bagi negeri Sarawak pula, ia sedang melanda hanya di kawasan Miri (Miri),” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE