PETALING JAYA – Permintaan terhadap jongkong emas meningkat tinggi sejak minggu lalu disebabkan penurunan harga logam berkenaan di pasaran antara lima hingga enam peratus. Keadaan itu menyebabkan jongkong emas sukar didapati di pasaran kerana bekalan sedia ada terhad dan menjadi rebutan ramai pihak yang mahu membuat pelaburan. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia (FGJAM), Datuk Steven Siow Dek Kuen berkata, peniaga emas turut berdepan kesukaran mendapatkan jongkong emas ketika ini. “Saya tidak pasti berapa kadar kenaikan permintaan jongkong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya