fbpx

Pesakit buah pinggang rindukan arwah suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah yang menghidap penyakit buah pinggang banyak bergantung harap kepada anak-anaknya selepas dia kematian suami tiga tahun lalu. – Mohd Firdaus Mohd Johari

PETALING JAYA – Di sebalik senyuman yang terukir wajahnya, tiada siapa menyangka wanita ini menyimpan kerinduan terhadap suaminya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Maznah Dolmat, 61, berkata, dia kini bagaikan hilang tempat bergantung susulan tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu turut diuji dengan penyakit buah pinggang tahap lima beberapa bulan selepas kematian suami tahun lalu.

Jelasnya, arwah langsung tidak menyedari mengalami penyakit kanser paru-paru sehingga pergi meninggalkan keluarga secara mengejut.

“Saya tidak sangka arwah suami, dia sentiasa berada dalam keadaan sihat, jadi pemergian­nya amat mengejutkan kami,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur dekat sini baru-baru ini.

Selepas episod itu, ketiga-tiga anak Maznah berganding bahu membiayai kos rawatan dialisis ibu mereka yang mencecah ribuan ringgit.

Anak sulung, Maziah Masly, 40, bersama adiknya, Mazita Masly, 37, mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu mereka di kediaman keluarga.

Selain itu, mereka turut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bersama adiknya bagi menampung kos persekolahan anak masing-masing.

Maziah memaklumkan, ibunya memerlukan penjagaan rapi dari segi makan minum, ubat-ubatan serta kos rawatan dan aktiviti harian.

“Saya dan adik-beradik perlu kuat selepas kehilangan abah demi ibu, masalah kewangan ada sebelum ini, tetapi Alhamdulillah kami berjaya dapatkan bantuan Baitulmal untuk ibu,” ujarnya.

Katanya, ibunya itu amat merindui arwah suami dan selalu termenung melihat gambar bersama mendiang yang tergantung di dinding rumah sebelum menitiskan air mata.

Tambahnya, dia dan adik-beradik cuba sedaya-upaya mengganti kasih seorang suami terhadap ibunya yang telah mendirikan perkahwinan selama 46 tahun.

“Ibu dan arwah abah bagaikan belangkas, cinta sejati antara mereka membuat mak kadang-kadang kehilangan semangat untuk berjuang kerana abah tiada di sisi, namun kami adik-beradik sentiasa ingatkan dia supaya kuat.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 12216020223885.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI