fbpx

Debut usia 13 tahun, Haeun tak rasa muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEUN

KEMUNCULAN kumpulan Lapillus menerusi single debut berjudul Hit Ya! dianggap satu kejayaan luar biasa buat pendatang baharu seperti mereka.

Menariknya juga, seorang daripada enam anggota kumpulan Lapillus, Haeun turut menuai perhatian ramai kerana usianya yang terlalu muda iaitu 13 tahun.

Usia muda menjadi topik yang sering dibincangkan peminat kerana umur sebegitu tidak sesuai berdepan dengan kerasnya realiti dunia hiburan K-pop.

Malah jadual yang padat, rejim diet yang ketat dan cabaran emosi berdepan dengan kecaman netizen membuat ramai bimbang jika Haeun terpaksa mengharungi kesukaran yang dahsyat.

Ditanya tentang usianya yang terlalu hijau, Haeun bagaimanapun menjawab, dia tidak pernah berasa dirinya muda terutama ketika melakukan persembahan.

“Saya muda tetapi dari segi persembahan, saya tak muda langsung. Jadi saya harap kalian dapat tengok betapa bagusnya saya,” katanya.

Bercerita tentang perasaannya bergelar artis idola pada usia muda, Haeun masih bertegas, dia tidaklah terlalu muda.

“Selama ini orang tak bercakap pasal usia saya. Jadi saya tak pernah rasa muda. Lagi pun di sekolah, saya sudah dikira senior,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI