PETALING JAYA – Aliran trafik sesak dan perlahan sejauh 10 kilometer (km) iaitu dari KM 71.7 hingga ke Plaza Tol Bentong susulan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran Facebook Lebuhraya Pantai Timur, lalu lintas perlahan sepanjang 1.8 km turut dilaporkan iaitu dari Plaza Tol Bentong ke KM 59.9 serta dari KM 58.2 hingga KM 57.2 sepanjang 1 km (Bentong ke Lentang).
“Selain itu, trafik turut dilaporkan perlahan sejauh 7.3 km dari KM 55.6 hingga KM 48.3 (Lentang ke Bukit Tinggi) dan dari KM 39.5 hingga KM 38.2 (Genting Sempah) sejauh 1.3 km.
“Dalam masa sama, aliran trafik perlahan sejauh 2.1 km juga dilaporkan iaitu dari KM 21.9 ke Plaza Tol Gombak dan terus ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),” katanya hari ini.
Difahamkan, sebahagian warga kota yang masih bercuti dan pulang ke ibu negara hari ini selepas sambutan Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE