fbpx

Maguire ‘anak emas’ di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE terus mendapat kepercayaan Ten Hag biarpun berdepan pelbagai kontroversi sepanjang musim lalu. - HARRY MAGUIRE

BANGKOK – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mungkin menimbulkan kemarahan peminat-peminat pasukan itu apabila mengekalkan bek tengah, Harry Maguire sebagai kapten skuad The Red Devils.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu tidak melihat pelantikan Maguire sebagai satu masalah memandangkan pertahanan antarabangsa England tersebut memiliki pengaruh cukup besar dalam pasukan.

Justeru, tindakan mengekalkan Maguire sebagai kapten dilihat sebagai sesuatu yang tepat kerana semua pemain dikatakan bersetuju selepas apa yang dilalui bekas pemain Leicester City itu.

“Maguire adalah kapten pasukan ini. Memang saya perlukan masa untuk mengenali semua pemain, tetapi dia adalah kapten pasukan yang sudah mencapai banyak kejayaan, jadi ia tidak akan menjadi isu besar.

“Kami baru sahaja mula menjalani latihan, jadi apa yang pen­ting sekarang adalah masa untuk membentuk skuad terbaik. Secara jujur, masa terlalu singkat, tetapi kami akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Keputusan Ten Hag mengekalkan Maguire sebagai kap­ten nyata mendapat tenta­ngan daripada peminat United yang menganggap Bruno Fernandes dan David De Gea lebih layak memakai lilitan kapten itu.

Sebagai rekod, Maguire jarang diturunkan ketika United berada di bawah kendalian ­pengurus sementara, Ralf Rangnick pada musim lalu dan lebih kerap menghabiskan masa di bangku simpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI