fbpx

Padah berlayar tanpa lesen, gaji PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot kargo dan nelayan bersama individu yang ditahan Maritim Selangor

KLANG – Tindakan dua buah bot termasuk jenis kargo yang berlayar tanpa lesen dan menggaji pekerja asing membawa padah apabila ditahan dalam tempoh selang 24 jam di perairan negeri ini.

Turut ditahan adalah tujuh termasuk dua daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 21 hingga 57 tahun dalam kejadian bermula pukul 9.50 kelmarin.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, kedua-dua bot ditahan semasa rondaan Ops Ehsan dan Ops Benteng di Pulau Indah dan Sungai Lima Pulau Ketam.

Katanya, dalam operasi pertama didapati bot kargo dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan termasuk tekong.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, lesen bot telah tamat tempoh.

“Manakala, insiden kedua pukul 9 malam semalam pula mendapati sebuah bot nelayan telah melanggar syarat lesen iaitu menggaji pekerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dua kru warga asing di dalam bot nelayan itu juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Justeru, Siva menegaskan kedua-dua bot dan kesemua individu kini disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI